Pages

Yoroshiku~!

Hye, Cookie desu!

This is the place where I want to ramblings about useless stuffs. If you see many Arashi related that's because I LOVE them and drooling myself over the super dorkalicious Mr.Fail!Sakurai Sho.

Talk to me about anything! or everything! I'm totally cool with almost every single cell in the universe. Just try me!

Monday, February 13, 2012

Hari Akademik Mereka & Aku

Sebab rakan2 seangkatan juga sibuk membincangkan hal ini, maka saya juga tidak mahu ketinggalan...

Hari Akademik or kalau bahasa sekolahnya, hari ambik report card (lebih kurangla) cuma di tempat saya ini tiada report card untuk diambil. Cuma perbincangan rahsia (cewahhh...) antara saya, students dan ibubapa/penjaga mereka.

Seorang kawan saya yg tidak terlibat dengan event ini bertanya "berjayakah eventnya?"

Saya dengan bangga menjawab "Ya, berjaya" walaupun pada mulanya saya ada tanggapan event ini mungkin suam2 kuku sahaja. Iyelah, ada ke parents yang nak datang berbincang hal2 akademik anak sedangkan anak2 mereka sudah mencecah 20-22 tahun? Teeeeeeettttttt.... I'm wrong. Senang saya simpulkan, tidak kiralah walau berapa pun usia anak kita, tapi apabila melibatkan hal2 akademik, parents memang sanggup datang tak kira berapa jauh mereka tinggal.

Jauh?

Ya, bagi saya jika parents itu datang dari Kajang pun sudah dikira jauh. Apatah lagi Seri Kembangan, Putrajaya, Petaling Jaya, Klang, Seremban... Owh, ada yg dari Perlis, Kedah dan Terengganu juga. Bagi saya, tidak kiralah sedekat atau sejauh manapun parents mereka tinggal, tetapi kesudian mereka untuk datang itu memang dihargai.

Dan saya dengan senyum lebar menyambut mereka sekeluarga demi sekeluarga bermula 8.30 - 12.30 non-stop. Walaupun kering tekak, saya masih mampu tersenyum dan memberikan khidmat nasihat kepada mereka. Saya ini tidaklah pandai memberi puji2an tapi saya cuba sebaik mungkin untuk students yg memang layak utk dapat pujian. Suka saya tengok parents yang senyum meleret bila saya puji anak mereka. Hehe.. dan untuk yg kurang menyerlah, nasihat saya diterima dengan baik oleh mereka.

Tiba2 saya teringat Hari Report Card zaman persekolahan dulu. (Maaf, saya tidak pernah ada Hari akademik semasa di UiTM), jadi saya hanya boleh compare dengan Hari Report Card sekolah sahaja.

Saya tidak pernah mendengar langsung sebarang komen/pujian/kritikan dari guru kelas saya dulu2. Sebabnya? Kebiasaan parents akan panggil anak2 sebelum berjumpa guru kelas, tetapi dadaji saya itu hanya memanggil SELEPAS berjumpa dgn cikgu. So, setiap tahun untuk lima tahun di sekolah menengah, saya tak pernah tahu apa yang cikgu cakapkan kepada dadaji. Bila ditanya, jawapannya "Ok, takde masalah. Matematik ajela, suruh rajin sikit"

Jadi, semasa Hari Akademik mereka ini, saya sangat suka melihat students saya datang bersama parents dan kami berbincang sama2. Alhamdulillah, semoga event ini akan terus berjaya di masa2 akan datang.

Owh~ semasa Hari Akademik ini, saya telahpun mengenalpasti satu kelemahan saya. Saya gagal untuk memanggil parents dengan panggilan yang lebih sopan. Saya refer mereka sebagai makcik dan pakcik sahaja. Hahaha.. sungguh kurang sopan kan? Nampaknya bab2 service ini, masih banyak yang perlu saya perbaiki.

nota kaki: Semasa sekolah, Matematiklah satu2nya subjek yg sentiasa merah untuk lima tahun berturut2..Haha.. (Tetapi saya masih berjaya melangkah ke U. Rahsianya? Nanti2lah saya cerita. Haha