Pages

Yoroshiku~!

Hye, Cookie desu!

This is the place where I want to ramblings about useless stuffs. If you see many Arashi related that's because I LOVE them and drooling myself over the super dorkalicious Mr.Fail!Sakurai Sho.

Talk to me about anything! or everything! I'm totally cool with almost every single cell in the universe. Just try me!

Tuesday, November 20, 2012

Gorjes dan Shaker

Cerita.01: Gorjes

Saya diarahkan untuk bertugas menjaga peperiksaan akhir pada hari Ahad, 04.11.2012. Di dewan itu saya terserempak dengan seorang anak murid (current - beliau carry paper btw). Beliau memanggil saya di pintu dewan.

Beliau: Miss...
Saya: Apehal?
Beliau: Miss nampak gorjes arini.
Saya: Boleh bla.
Beliau: Iye miss.
Saya: Sudahla~ *sambil berlalu*

Gorjes? GORJES??? Nak terkeluar isi perut saya menahan gelak mendengar ayat beliau. Apela yang gorjesnya? Saya cuma memakai sehelai jubah lama (itula pun selai yg saya ada..haha) warna biru laut (terang) dan tudung bewarna ungu gelap (matching dgn bunga kat jubah itu, pada pendapat sayala)

Itupun diconsider sbg gorjes?

Dan lagi: Wahai anak muridku, tahukah kamu macam mana nak mengeja gorjes a.k.a gorgeous?


Cerita.02: Shaker

Sebab saya dengan penuh pelik memandang pelajar saya ini menggoncangkan pensel mekanikal beliau, maka saya pun bertanya.

Saya: Kenapa kamu goncang *pensel*?
Beliau: Iyela miss, pensel ni tak payah tekan *membuat demonstrasi*
Saya: OOOOO *penuh kekaguman*
Beliau: Miss tak tahu ke?
Saya: Tak. Zaman saya takde pensel macam ni
Beliau: Pensel ni dah lama la miss. Saya pakai dari sekolah rendah.
Saya: Ye? Ntah. Tak tahu pun.
Beliau: Hahaha *menggelakkan saya*

Sebelum beliau melangkah pulang, beliau menghulurkan pensel yang digunakan kepada saya.

Saya: Buat apa?
Beliau: Ambikla miss.
Saya. Taknakla. Saya ada pensel. Saya tak mintak kamu punya pun.
Beliau: Takpe. Miss ambikla *bersungguh-sungguh*
Saya: *Terpaksa ambik* Terima kasihla ye

Shaker yg diberi oleh beliau.

nota kaki:
Suspek cerita 1 dan cerita 2 adalah pelajar yang berlainan.