Mon 14:57
Esok nk presnt pkul bpe miss?
Mon 14:58
Dtgla kol 9 boley?
Mon 15:23
Boleh jugak...tpi report sy siap tnghary miss dlm pkul 1...hard cover tu ambk mse skit kedai nk wt...
Mon 15:26
Ptgla mcm tu.kol 3.ok?
Mon 15:27
Ok miss...tq bnyk2...jmpe ptg esok...
Itu antara bait-bait sms diantara aku dgn studentku pada hari Isnin. Studentku ini nak buat presentation dan hantar report sebab dah habis Latihan Industri (LI). So, sebagai supervisor beliau, aku mintakla dia submit report and presentation sekali pada hari semalam (01.11.2011).
---
Dan kebetulannya semalam petang hujan turun dgn agak lebat.
Yesterday 15:10
Salam miss...sory lmbt skit...hujan
Yesterday 15:10
Ok
---
Lebih kurang pukul 3:50, pintu bilik diketuk bertalu-talu.
*Buka pintu*
"La kamu ni... knp tak tunggu hujan berhenti?"
Studentku cuma tersenyum kambing.
"Masukla. Kenapalah tak tunggu hujan berhenti kamu ni. Tgk. Dah basah" bebelku.
"Ingat mcm hujan sikit miss. Sekali. Alamak basah la pulak" balas beliau sambil mengelap baju kemejanya.
"Kamu ni..."
"He he" beliau sibuk membuka beg sambil terus menghulurkan reportnya. "Ni miss"
*Belek2 report*
Aku tengok dia mengelap bajunya yg basah. "Kan kamu dh hanta msg td kt hujan. Yg kamu pegi redah jugak tu knp?" aku membebel lg. Kesian pulak aku tengok budak ni.
"Tak sedapla miss bg miss tunggu. Miss mintak present pagi tp sbb saya kata report siap tgh hari miss bg saya present ptg. Dahla tu, patutnya saya present minggu lepas, tapi miss dh bagi saya present hari ni. Saya kesian kt miss" terang beliau.
Aku terdiam sambil pura2 membelek report beliau. Mmg sepatutnya beliau present minggu lepas, tapi beliau berterus terang kata report belum siap sbb minggu sebelumnya beliau balik kampung. "Ayah saya masuk hospital miss" kata beliau. Takkan aku nak paksa kan? So aku bagila tangguh minggu ni.
"Miss nak saya present macam mana?"
"Presentla macam mana kamu suka pun"
Beliau pun berdiri untuk memulakan presentation.
"Kenapa nak berdiri? Duduk sudah"
"Mcm x best je present duduk. Jadi mcm sama level dgn miss pulak. hehe"
"Macam2la kamu ni. Ha- presentla"
Beliau pun mula mempresent dan aku mendengar sambil membelek-belek report.
*Habis presentation*
"Ok. Ambik nafas. Banyak saya nak tanya ni"
"Haha. Dah tau mesti miss nak tanya" balas beliau sambil kembali mengelap kemeja dan seluar.
*Aku pulak pegi merayau-rayau, membiarkan beliau sendirian. *
Seketika kemudian, aku kembali.
"Ok. Saya takde masalah apa pun dgn kamu. Saya senang je, kalau supervisor kamu takde masalah dgn kamu, saya pun xde masalah dgn kamu"
Iyela. Aku dah pergi company budak ni buat LI dan dah jumpa dgn sepervisor beliau. Supervisor dah bagi high marks, aku nak cakap apa lagi? Lagipun selama 3 bulan LI, supervisor lagi tahu macam mana kerja student. Kalau supervisor dah puji melambung, takkan aku nak mendengki.
"Oklah. Itu je" kataku, tanpa bertanya apa2 soalan.
Beliau tersenyum lega. Mesti beliau rasa terlepas bebanan sebab tak payah mejawab soalan2 aku.
Aku nak tanya apa lagi? Masa buat site visit hari tu pun aku dah tau skop kerja dia. Dan selebihnya dia dh pun present tadi.
"Terima kasih banyak2 miss sebab bagi saya peluang present hari ni"
"Tau takpe. Dahla hujan. Kamu datang jugak. Naik motor pulak tu. Lainla naik kereta"
"Dah janji kot miss"
Sebelum beliau melangkah keluar bilik aku menghulurkan sebungkus coklat. "Nah, hadiah presentation"
"Eh? Laa.. patut saya yg bagi buah tangan miss"
"Ambik ajela"
"Terima kasih miss"
"Ok. Baik2 balik. Haa- final buat elok2" pesanku di muka pintu.
"Iye. Terima kasih miss" ucap beliau sekali lagi.
"Iyela"
Itulah sikap studentku yang sangat sopan. Beliau juga sebenarnya ex-studentku semester lepas. Mmg budaknya sangat sopan, walaupun aku suka mendengki beliau sewaktu kelas.
Dan lagi satu, sepanjang aku menjadi advisor untuk LI beliau ini, tak pernah sekalipun beliau meminta aku memberikan 'A' untuk subjek ini. Bagus kan? Studentku sebelum ni, mesti akan ckp "bagila saya A miss" tetapi tidak beliau.
Jangan risau studentku, kalau supervisor kamu boleh bagi kamu 93%, saya tiada masalah untuk bagi lebih tinggi dari itu =)
Sewaktu beliau melangkah turun sebentar tadi, hujan telahpun berhenti.
Yoroshiku~!
Hye, Cookie desu!
This is the place where I want to ramblings about useless stuffs. If you see many Arashi related that's because I LOVE them and drooling myself over the super dorkalicious Mr.Fail!Sakurai Sho.
Talk to me about anything! or everything! I'm totally cool with almost every single cell in the universe. Just try me!
This is the place where I want to ramblings about useless stuffs. If you see many Arashi related that's because I LOVE them and drooling myself over the super dorkalicious Mr.Fail!Sakurai Sho.
Talk to me about anything! or everything! I'm totally cool with almost every single cell in the universe. Just try me!
0 comments:
Post a Comment